Pengenalan
Ms. ®
|
Friday, August 13, 2010
|
Selamat Datang ke Blog Kokurikulum SMK Dusun Nanding
Kokurikulum Pemangkin Kecemerlangan
Konsep:
Kokurikulum merupakan gerak kerja yang terancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan , maka perlaksanaan kokurikulum disekolah adalah wajib.Kokurikulum menjadi wadah membantu perkembangan seseorang murid secara menyeluruh dari segi jasmani , mental , dan emosi .
Visi:
KOKURIKULUM CEMERLANG TAHUN 2011
Misi:
UNTUK MENJADI SEKOLAH CEMERLANG WARGA SMK DUSUN NANDING AKAN BERUSAHA:
Melibatkan Semua Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Objektif:
- Memastikan pelajar-pelajar mendaftar dalam ketiga-tiga aktiviti kokurikulum
- Berusaha meningkatkan peratus kehadiran pelajar setiap tahun dalam semua aktiviti kokurikulum
- Berusaha meningatkan prasarana yang kondusif kemajuan bagi mencapai secara matlamat yang telah ditetapkan
- Melaksanakan penyeliaan , penilaian dan merekod kemajuan yang dicapai secara sistematik dan berterusan
- Mengukuhkan interaksi dan intergrasi di kalangan pelajar dan seluruh warga sekolah
- Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah ibu bapa dan masyarakat setempat
Motto:
Kokurikulum Pemangkin Kecemerlangan